Sunday, 12 July 2015

MENJELANG HARI RAYA



    Menjelang hari raya ni, banyak persiapan yang kena dibuat kan? Nak kena kemas rumah, pasang langsir baru, buat kuih raya, dan sebagainya. Malam raya kalau dekat rumah saya, nenek saya mesti buat rending ayam... YUMMY... Air liur saya meleleh bila tulis ni. ha3. And kitaorang wajib bakar ayam  malam raya. Makan bersama-sama sepupu yang balik beraya. Lepas tu main bunga api sama-sama.. Bestnya.. Tak sabar pulak nak raya. Tapi, bulan ramadhan, bulan yang mulia akan meninggalkan kita tak lama lagi. Apa yang kita rasa? Sedih ataupaun genbira sebab tak payah puasa lagi? I'am so sad that  ramadhan will leave us.  Dia akan pergi dengan membawa sekali keberkatannya. Walaupun ranadhan akan meninggalkan kita, kita masih boleh mendapat pahala yang besar juga dalam bulan syawal, iaitu puasa 6. Kalau kita puasa 6 hari dalam bulan syawal, kita seperti puasa setahun. Tak nak kejar ke pahala tu? Besar tu...  Renung-renungkanlah... Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin..

Thursday, 2 July 2015

MY FAVOURITE TEACHER


Guru merupakan insan yang sangat berjasa kepada kita kerana telah mengajar  kita.Tanpa mereka, kita tidak akan menjadi manusia yang berilmu.Jadi, kita perlu menghormati guru kita. Sebagai seorang pelajar, saya juga mempunyai guru. Hari ini saya akan berkongsi  tentang guru kegemaran saya. Guru kegemaran saya ialah Cikgu Che Asmah bt. Che Dir. Beliau mengajar di SMK Kandis Bachok Kelantan. Beliau mengajar subjek Sivik  dan Kewarganegaraan merangkap Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan. Beliau merupakan guru kelas saya semasa saya di tingkatan 3. Beliau seorang guru yang penyayang, berdedikasi dan komited terhadap kerja. Beliau sangat prihatin terhadap pelajar-pelajarnya. Sikap peramah beliau menyebabkan ramai orang menyenaginya. Beliau juga banyak memberikan motivasi dan dorongan  kepada saya untuk terus berjasa. Walaupun beliau sudah tidak mengajar saya lagi, namun saya masih menghormati  beliau kerana pernah mendidik saya. Kata-kata semangat beliau akan sentiasa saya ingati dan pegang.  TERIMA KASIH CIKGU! JASAMU AKAN SENTIASA DIKENANG...