Thursday, 2 July 2015

MY FAVOURITE TEACHER


Guru merupakan insan yang sangat berjasa kepada kita kerana telah mengajar  kita.Tanpa mereka, kita tidak akan menjadi manusia yang berilmu.Jadi, kita perlu menghormati guru kita. Sebagai seorang pelajar, saya juga mempunyai guru. Hari ini saya akan berkongsi  tentang guru kegemaran saya. Guru kegemaran saya ialah Cikgu Che Asmah bt. Che Dir. Beliau mengajar di SMK Kandis Bachok Kelantan. Beliau mengajar subjek Sivik  dan Kewarganegaraan merangkap Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan. Beliau merupakan guru kelas saya semasa saya di tingkatan 3. Beliau seorang guru yang penyayang, berdedikasi dan komited terhadap kerja. Beliau sangat prihatin terhadap pelajar-pelajarnya. Sikap peramah beliau menyebabkan ramai orang menyenaginya. Beliau juga banyak memberikan motivasi dan dorongan  kepada saya untuk terus berjasa. Walaupun beliau sudah tidak mengajar saya lagi, namun saya masih menghormati  beliau kerana pernah mendidik saya. Kata-kata semangat beliau akan sentiasa saya ingati dan pegang.  TERIMA KASIH CIKGU! JASAMU AKAN SENTIASA DIKENANG...


No comments:

Post a Comment